

Apakah Filem “Motion Picture”
Pada asalnya, fIlem “Motion Picture” dibuat khusus untuk pengarah filem dan para sinematografi. Bagaimanapun, stok filem mula mendapat perhatian yang meluas di kalangan komuniti pengemar filem fotografi kerana rendensi warnanya yang meliputi penggunaan pada pencahayaan “daylight” mahupun “tungsten”. Filem “Motion Picture” memerlukan pemprosesan filem yang agak berlainan; iaitu ECN-2 yang mementingkan pembuangan gam yang memaut lapisan hitam karbon dari belakang filem yang dikenali sebagai lapisan “remjet”

Sesuai dalam keadaan seperti

Persekitaran luar mahupun di dalam bangunan dengan cahaya semulajadi atau buatan yang mencukupi. Atas sebab ini, filem “motion picture” pilihan populat untuk fotografi landskap dan fotografi.








Suhu Warna
Berhati – hati semasa menggunakan filem “motion-picture daylight-balanced” dalam pencahayaan tungsten, yang akan memberi hasil gambar yang mempunyai perubahan warna atau sebaliknya. Oleh itu, kami menyarankan menggunakan filem stok yang betul dan “fresh” untuk keputusan yang optimum.


Kamera dan Lensa
Filem “Motion-Picture” untuk fotografi biasa tersedia dalam format 35mm seperti kamera SLR dan rangefinder yang menawarkan kawalan lebih untuk proses menangkap gambar. Selain itu, ada variasi filem untuk kamera medium format. Akan tetapi, imej lubang “sprocket” kelihatan pada hasil gambar dengan filem 35mm disesuaikan untuk melengkapi bingkai medium format.

Kod DX
Kod DX ialah bahagian bersinar perak dan hitam pada canister 35mm filem anda. Ianya sangat membantu untuk memberi maklumat kepada elektronik kamera tentang nilai ISO sesuatu filem. Namun, kebanyakan filem “Motion-Picture”yang berada dipasaran tiada kod DX tercetak pada kanister. Oleh itu, kami tidak mengesyorkan filem “Motion-Picture” digunakan pada kamera mainan, atau kamera “point and shoot”.