DSCF1253.JPG

Bagaimana untuk mendapatkan fail digital saya selepas pembayaran dibuat?

  • Selepas kami menerima bayaran, kami akan mencuci filem anda. Untuk masa menunggu siap, sila rujuk bahagian masa menunggu. Selepas siap cuci dan diimbas, kami akan muat-naik fail anda melalui Wetranfer.

  • Seterusnya kami akan menghantar pautan muat-turun ke email anda. Anda boleh memuat-turun fail anda dengan menekan pautan muat-turun.

Bagaimana jika masa menunggu sudah berlalu dan saya masih tidak menerima sebarang email dari anda?

Dalam keadaan, kemungkinan atas sebab:

  • Emel dikesan sebagai emel spam, emel promosi dan sebagainya. Anda boleh menyemak folder lain dalam peti mel anda.

  • Kemungkinan alamat emel salah. Anda boleh menghubungi kami untuk menyemak semula alamat emel anda.

  • Kemungkinan masalah talian internet semasa kami memuat-naik fail filem anda (isu kecil). Anda boleh menghubungi kami untuk menghantar semula fail anda.

Selepas memuat-turun fail saya, ada perkara yang saya perlu perhatikan?"

  • Ya! Ada perkara anda perlu perhatikan. Sebelum memuat-turun fail anda, pastikan size fail padan dengan fail anda selepas dimuat-turun atau tidak. Disebabkan talian internet yang tidak stabil, ianya akan mengakibatkan fail muat-turun tidak lengkap.

Bolehkah saya tahu berapa lama anda akan membuat Salinan sandaran fail digital kami?

  • Setelah kami emel fail digital anda, kami hanya membuat salinan sandaran sehingga 1 bulan.

  • Kami mengesyorkan selepas anda memuat-turun fail anda, sila buat salinan kedua. Sebagai contoh, jika anda simpan di dalam computer anda pada masa yang sama simpan fail anda di mana mana storan awanan (Google Drive, Dropbox, dsb) kerana kebarangkalian pemacu keras anda untuk rosak tidak boleh dijangka.