c.jpg

Apakah pemproses dan pengimbas yang anda gunakan?

Kami menggunakan Noritsu V30, JOBO ATL, JOBO CPP2, JOBO CPE2 untuk mencuci filem dan Fuji Frontier SP500, Fuji Frontier SP3000, Noritsu LS600 dan Noritsu HS1800 untuk mengimbas negatif.

Adakah anda menawarkan push/pull processing?

Ya, kami boleh melakukan sehingga 3 stops push processing dan 1 stop pull processing.

Sila berikan satu petunjuk pada filem anda untuk pull dan push processing (contoh: Push +2. Pull -2). Jika anda hantar melalui parcel, sila selitkan nota sebagai pentunjuk filem anda perlu melalui pull dan push processing. Caj tambahan untuk push processing adalah RM2.00 untuk setiap stop dan tiada caj tambahan untuk pull processing.

Lihat penjelasan tentang pull/push processing untuk maklumat lanjut.

IMG_0051.jpg
Fuji Disposable.jpg

Adakah anda cuci Kamera Pakai-Buang (Disposable Camera) dan Kamera Kalis Air?

Sudah tentu, kami cuci! Anda perlu hantar kamera tersebut kepada kami dan kami akan buka,cabut dan cuci filemnya untuk anda. Harga cuci filem kamera pakai-buang masih sama seperti satu roll filem 35mm.

Lihat halaman harga untuk maklumat lanjut tentang harga.

Adakah anda mencuci filem pre-soaked ?

Maaf, tidak. Ini akan merosakkan cecair kimia untuk filem pelanggan lain.

000005.JPG